SIAPA NIZAM MALEK? - sukasaham.my

Thursday, February 16, 2023

SIAPA NIZAM MALEK?



Ahmad Nizamuddin bin Malek Reedzwan atau lebih dikenali dengan nama Nizam Malek berasal dari Johor Bahru dan dilahirkan pada 26 April 1987.

 

Sebelum saya tubuhkan Wealth Academy Sdn Bhd, saya merupakan seorang Ahli Farmasi berdaftar dan berkhidmat sebagai Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan. Pada tahun 2013, saya mula mencari diri saya yang sebenar kerana saya sedar bahawa ‘passion to care’ tidak ada dalam diri saya.

 

Bermula pada tahun 2014, saya mula menyertai banyak seminar dan mula membaca buku-buku berkaitan dengan kewangan dan pelaburan. Saya rasa lebih seronok bila bercakap dan berfikir berkenaan kewangan serta pelaburan.

 

Saya bertekad untuk cari hala tuju saya sendiri. Saya sedar bukan mudah untuk mengambil keputusan untuk resign kerjaya yang umum tahu lebih stabil dan menjamin masa depan seseorang. Jadi sebelum saya mengambil keputusan itu, saya membuat persediaan rapi untuk kehidupan saya di luar sana.


Saya mengambil masa 3 tahun untuk membina kekuatan diri sehinggalah akhirnya tiba masa untuk saya resign pada bulan September 2017 iaitu ketika saya berumur 30 tahun. Itu adalah turning point bagaimana saya mula menceburi bidang ini.  

 

Sekarang saya merupakan founder kepada jenama Saham Mastery. Dalam Saham Mastery, kami anjurkan program untuk berkongsi kepada orang ramai mengenai ilmu pelaburan saham yang sebenar.

 

Saya percaya ramai lagi orang di luar sana khususnya Bumiputera, masih tidak tahu lagi apakah itu saham.

 

Dengan itu, saya design program seperti Newbie Saham Mastery Online (NSMO) dan Premier Saham Mastery 2.0 (PSM 2.0) untuk membantu anda yang ingin belajar mengenali dunia saham dan menjana wang dari pasaran saham Bursa Malaysia.

 


No comments:

Post a Comment