sukasaham.my

Monday, September 2, 2024

STRATEGI CUT LOSS DALAM SAHAM : MELINDUNGI MODAL PELABURAN ANDA

September 02, 2024 0
STRATEGI CUT LOSS DALAM SAHAM : MELINDUNGI MODAL PELABURAN ANDA

 


Saham adalah salah satu instrumen pelaburan yang popular di pasaran kewangan. Bagi pelabur saham, penting untuk memahami dan menggunakan pelbagai strategi untuk melindungi modal dan mengurus risiko.


Salah satu strategi yang sering digunakan oleh pelabur saham adalah 'cut loss' atau 'potong kerugian'. 


Cut loss merujuk kepada tindakan menjual saham atau menutup posisi pelaburan apabila harga saham jatuh ke paras tertentu yang ditetapkan sebelumnya.


Mengapa cut loss sangat penting?


Cut loss merupakan langkah proaktif yang diambil oleh pelabur untuk mengurangkan kerugian dan menjaga keselamatan kewangan dalam jangka panjang.


Saiz kerugian dalam pelaburan saham dapat meningkatkan jika pelabur tidak mengambil tindakan sewajarnya apabila harga saham bergerak berlawanan dengan arah yang diharapkan. 


Dengan melaksanakan cut loss, pelabur memastikan bahawa kerugian tidak terus berlarutan dan dapat mengawal risiko yang mungkin timbul.


Cara melaksanakan cut loss :


Strategi cut loss dalam saham melibatkan penentuan paras harga atau peratus kerugian maksimum yang sanggup ditanggung oleh pelabur.


Paras cut loss ini biasanya ditetapkan berdasarkan analisis teknikal, analisis fundamental atau strategi pelaburan yang digunakan oleh pelabur. Terdapat beberapa pendekatan yang boleh digunakan untuk melaksanakan cut loss .


1. Paras Harga :


Pelabur menetapkan paras harga di bawah harga semasa saham, di mana jika harga saham jatuh ke paras tersebut, pelabur akan menjual saham untuk mengurangkan kerugian. 


Paras harga ini boleh ditentukan berdasarkan sokongan teknikal di mana saham dijangka mendapat sokongan dan bertindak sebagai had bawah.


2. Peratus Kerugian :


Pelabur menetapkan peratus kerugian maksimum yang bersedia ditanggung sebelum menjual saham. Contohnya jika pelabur menetapkan peratus cut loss sebanyak -10%, mereka akan menjual saham jika kerugian melebihi -10% dari harga belian.


Kelebihan Cut Loss :


*     Melindungi modal pelaburan : Dengan melaksanakan cut loss, pelabur dapat melindungi modal mereka dan mengurangkan kerugian yang mungkin terjadi dalam pelaburan saham.

    Meningkatkan displin : Cut loss mengajar pelabur untuk membuat keputusan rasional dan menjaga displin dalam menguruskan risiko pelaburan.


*   Mengurangkan tekanan emosi : Dalam pelaburan saham, tekanan emosi sering kali dapat mempengaruhi keputusan pelabur. Dengan memiliki strategi cut loss yang jelas, pelabur dapat mengurangkan tekanan emosi dan mengambil tindakan yang tepat.


Pentingnya perancangan pelaburan :


Bagi menggunakan strategi cut loss dengan berkesan, pelabur perlu mempunyai perancangan pelaburan yang jelas.


Perancangan harus melibatkan analisis saham yang teliti, penentuan paras cut loss yang sesuai dan pengurusan risiko yang bijaksana. 


Pelabur juga harus mengambil kira faktor-faktor seperti objektif pelaburan, jangka masa pelaburan dan toleransi risiko mereka. 


Walaupun cut loss merupakan strategi penting dalam pelaburan saham, penting juga untuk diingat bahawa pelaburan saham melibatkan risiko dan keputusan pelaburan yang berdasarkan analisis yang teliti adalah penting.


Penting juga untuk mendapatkan pengetahuan asas dalam analisis teknikal dan fundamental untuk membantu membuat keputusan pelaburan yang lebih baik.


Dalam kesimpulannya, strategi cut loss adalah langkah penting dalam melindungi modal pelaburan dalam saham. Malah melaksanakan kaedah cut loss juga pelabur dapat pengurangkan kerugian dan mengawal kewangan dalam jangka panjang dengan lebih baik dan tersusun. 


Anda Newbie dalam saham? Nak belajar saham? Jom sertai kami KLIK SINI





Tuesday, July 30, 2024

KENAPA PENTING UNTUK CAPAI PROFIT RM5 ANGKA DALAM SAHAM?

July 30, 2024 0
KENAPA PENTING UNTUK CAPAI PROFIT RM5 ANGKA DALAM SAHAM?

 



[Q&A with TNM] Kenapa Penting untuk Capai PROFITS RM 5 Angka dalam Saham?
.
Q1: Apa manfaat utama yang anda rasakan apabila berjaya mencapai keuntungan RM 5 angka dalam pelaburan saham?

TNM: Manfaat utama adalah kepuasan diri. Mencapai keuntungan RM 5 angka bukan sekadar soal keuntungan, tetapi hasil dari usaha dan kajian sendiri.

Kepuasan ini meningkatkan keyakinan diri dan memberi makna serta semangat baru dalam hidup.
.
Q2: Bagaimana keuntungan RM 5 angka ini boleh mempengaruhi kestabilan kewangan seseorang dan keputusan pelaburan seterusnya?

TNM: Keuntungan RM 5 angka memberikan impak besar pada kestabilan kewangan seseorang.

Dengan keuntungan tersebut, kita dapat memenuhi pelbagai keperluan seperti membayar bil, membantu keluarga, bersedekah dan mungkin membayar hutang jika ada.
.
Q3: Apa perubahan dalam gaya hidup atau kepuasan peribadi yang anda alami selepas mencapai keuntungan ini?

TNM: Btw honestly pada pendapat saya, keuntungan besar dalam saham tidak bermakna saya terlalu pandai dalam saham.

Bagi saya, ini semua adalah rezeki yang Allah kurniakan.

Kerja kita sebagai pelabur dan trader saham adalah berusaha dengan kajian saham dan bertindak dalam urusan jual beli saham kita.
Selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk memberikan rezeki.

Jadi jika dapat profits sama ada banyak atau sikit, kita tetap perlu bersyukur seadanya.
Dan jika mengalami kerugian pula, jangan lah terlalu bersedih kerana mungkin bukan rezeki kita pada waktu itu dan kita boleh cuba lagi dalam next trade.

Perasaan saya buat profits RM 5 angka dalam saham adalah biasa sahaja.

Mungkin sebab saya dah biasa.

Dan perjalanan perlu diteruskan untuk trade yang seterusnya.
.
Q4: Bagaimana anda menggunakan keuntungan tersebut untuk melabur dalam peluang lain atau meningkatkan kewangan peribadi?

TNM: Penggunaan keuntungan bergantung kepada keadaan.

Jika ada keperluan peribadi, saya akan keluarkannya.

Jika tiada keperluan, saya akan reinvest modal bersama keuntungan untuk terus melabur dan memperoleh lebih banyak keuntungan.
.
Q5: Apa pesan atau nasihat yang anda ingin sampaikan kepada mereka yang sedang berusaha untuk mencapai keuntungan RM 5 angka?

TNM: Nasihat saya adalah:

1. Mulakan dengan ilmu asas saham yang betul.

2. Betulkan mindset sebagai pelabur dan trader saham.

3. Mulakan dengan modal rendah dan tingkatkan berdasarkan ilmu dan keyakinan.

4. Fahami bahawa pelaburan saham adalah perjalanan dengan liku-liku. Jangan mengharapkan kejayaan segera. Dengan usaha yang betul, kejayaan pasti akan menyusul.

.
Teruskan usaha dan jadikan setiap pengalaman sebagai pelajaran berharga dalam perjalanan pelaburan anda.

Monday, July 29, 2024

Profits 144%: Rahsia Kejayaan Saham dengan Formula HOPE & Mentor ZamSaham

July 29, 2024 0
Profits 144%: Rahsia Kejayaan Saham dengan Formula HOPE & Mentor ZamSaham

 


Alhamdulillah, profits 144% secured today.
Kaunter ni saya dah jual dan take profits.
Btw, paparan ni masa harga satu sen sebelum all matched pada harga seller yang saya que yang sempat saya screenshot.
Saya place order pagi tadi lepas tu saya tinggalkan sebab saya busy dengan macam-macam meeting pagi sampai petang.
Jadi masa all matched pada harga jual saya, tak sempat nak screenshot.
Profits RM25k macam tu.
Tapi xpelah, profits lebih penting daripada screenshot kan? 😅
.
Cuma nak dijadikan cerita, lepas saya berjaya jual tu, momentum masih kuat dan harga naik beberapa sen lagi.
Kalau ikutkan saya missed another RM3k profits.
Begitulah saham, kita tak dapat jangka pergerakan harga saham.
Cuma yang penting kita telah buat the best entry dan the best exit yang boleh based on kajian saham kita.
Itu yang penting sebenarnya.
.
Saya share screenshot ni bukan nak menunjuk saya buat profits, cuma saya nak berkongsi peluang yang ada dalam pasaran saham yang saya dah buat sejak 10 tahun dulu.
It’s possible to make significant profits RM 5 angka dalam saham dan sekiranya kita ada ilmu yang betul.
.
Saya beli saham hasil kajian saham sendiri.
Saya tidak menagih buy call daripada sesiapa.
Saya bukan remisier dan saya tak berminat nak jadi remisier.
Saya beli saham tanpa tahu any insider information atau money maker activity, tak perlu tahu semua tu pun sebenarnya.
Saya boleh repeat the process all over again sebab saya guna Formula HOPE yang saya ajarkan dalam kelas Newbie saya.
Saya tak takut beli saham, malah saya yakin setiap kali saya beli saham.
.
Tapi adakah saya tiada rugi?
Jawapannya ada.
Ada masa saya pun rugi dan buat cut loss.
Bukan bermakna ada ilmu kita tak akan rugi.
Kena faham yang untung dan rugi tu perkara biasa dan akan bersilih ganti dalam aktiviti pelaburan dan trade saham ni.
Rugi boleh jadi sebab salah kita dalam membuat keputusan.
Rugi boleh jadi sebab pasaran saham bertukar trend ke bearish dan menjadi sell signal.
Itulah realiti perkara yang berlaku dalam saham dan itu adalah perkara yang normal.
Pelabur dan trader saham yang real faham je pasal isu untung rugi dalam saham ni.
Cuma sesetengah orang je yang akan meroyan dan meracau bila loss, sebab dia tak faham saham ni macam mana atau terlalu terpesona dengan sembang kemas orang pasal saham.
.
Sebenarnya loss dalam saham tu adalah perkara biasa.
Yang jadi perkara luar biasa atau luar tabii tu adalah apabila loss, pastu pergi salahkan orang lain pulak.
.
Dah 10 tahun saya dalam dunia saham ni.
Turun naik pasaran saham ni memang sentiasa berulang-ulang perkara yang sama.
Bila dah 10 tahun menghadap pasaran saham ni, dah jadi lali dah dengan saham dan situasi dalam pasaran saham ni.
.
Papepun, saya nak ambil kesempatan ini untuk dedikasikan record keuntungan ini kepada mentor atau guru yang mengajar saya saham iaitu Tuan ZamSaham.
Beliau lah orang yang telah mengajar saya ilmu saham ni sehingga banyak perkara berubah dalam hidup saya akibat belajar ilmu saham.
Tuan ZamSaham yang ajar saya cara buat kajian saham.
Tuan ZamSaham yang ajar saya achieve 100% profits capital gain dalam saham.
Tuan ZamSaham yang ajar saya cara bina passive income melalui saham dividend.
Tuan ZamSaham yang ajar saya cara trade kaunter warrant.
Banyak lagi yang saya belajar daripada Tuan ZamSaham.
Bagi saya Tuan ZamSaham is the real investor dan trader saham yang saya sangat bertuah dapat belajar daripada nya.
Saya ambil kesempatan ini untuk doakan agar urusan Tuan ZamSaham dipermudahkan.
Saya percaya tiada keberkatan ilmu yang kita belajar kalau kita kutuk-kutuk guru kita.
Kalau tak setuju dengan guru kita, boleh sampaikan kepadanya baik-baik atau lebih baik diam sahaja.
Belajar lah beradab dengan guru, insyaAllah ada keberkatan.
Kadang-kadang kita berjaya tu bukan sebab kita pandai sangat, tapi sebab ada keberkatan dalam belajar.
Ini yang saya percaya lah tentang konsep kejayaan.
.
Jika Tuan ZamSaham baca posting ini, saya harap saya menjadi salah seorang student saham beliau yang beliau boleh banggakan.
Jika tiada orang yang memilih untuk mengajar, tiadalah peluang untuk orang yang nak belajar.
Terima kasih Tuan ZamSaham atas segalanya.
InsyaAllah ada masa nanti kita berjumpa lagi.
-Nizam Malek

Thursday, July 18, 2024

KENAPA PERLU JOIN KELAS SAHAM YANG BERBAYAR?

July 18, 2024 0
KENAPA PERLU JOIN KELAS SAHAM YANG BERBAYAR?

 


Pelaburan saham semakin mendapat perhatian ramai dan semakin ramai individu berminat untuk menyertai kelas-kelas saham yang berbayar.


Mengapa seseorang perlu mempertimbangkan untuk menyertai kelas saham yang memerlukan bayaran?


Terdapat beberapa kelebihan yang mungkin dapat diperoleh melalui penyertaan dalam kelas saham yang berbayar. Jom kita ambil tahu.


1. Panduan dari Pakar : 


Kelas saham yang berbayar sering kali dikendalikan oleh pakar-pakar industri yang berpengalaman.


Mendapat pandangan langsung dari mereka dapat memberikan pemahaman mendalam mengenai strategi perdagangan, analisis teknikal dan aspek-aspek kritikal lain dalam pasaran saham.


2. Bahan yang terperinci dan tersusun :


Biasanya kelas saham berbayar ini akan menyediakan bahan ajar yang terperinci dan terstruktur.


Ini memberikan pelajar akses kepada maklumat yang berkualiti dan diatur dengan baik, membantu mereka memahami langkah-langkah yang diperlukan untuk berjaya dalam perdagangan saham.


3. Mentorship dan bimbingan :


Kelebihan utama menyertai kelas saham berbayar adalah akses kepada mentorship dan bimbingan peribadi.


Pelajar boleh mendekati instruktor mereka untuk pertanyaan atau klarifikasi yang merupakan peluang yang berharga untuk memahami pelbagai aspek perdagangan saham.


4. Komuniti dan jaringan


Kelas saham berbayar sering membina komuniti yang aktif dalam kalangan peserta. 


Ini membuka peluang untuk berinteraksi, berkongsi pengetahuan dan membina rangkaian jaringan dengan individu-individu yang berkongsi minat yang sama.


5. Sumber berterusan :


Peserta tidak hanya mendapat manfaat semasa kelas berlangsung tetapi mereka juga biasanya diberi akses kepada sumber dan bahan-bahan tambahan yang membantu mereka terus memperdalam pengetahuan mereka selepas tamatnya kelas.


6. Hasil yang jelas dan pengukuran prestasi :


Program saham berbayar sering kali mempunyai struktur dan ujian untuk mengukur pemahaman dan kebolehan perdagangan peserta.


Ini memberikan pengukuran prestasi yang jelas dan membantu peserta untuk menilai kemajuan mereka.


7. Keutamaan kepada kualiti berbanding kuantiti :


Meskipun bayaran diperlukan peserta sering mendapati bahawa kelas saham berbayar memberikan nilai yang lebih tinggi berbanding kelas percuma.


Kualiti penyampaian dan isi kandungan yang lebih mendalam dapat memberikan kelebihan yang nyata.


____


Walau bagaimanapun, penting untuk berhati-hati dalam pemilihan kelas saham yang berbayar. 


Sertai kelas yang sesuai dengan tahap pengetahuan dan matlamat pelaburan anda untuk manfaatnya.


Anda Newbie dalam saham? Nak belajar saham? Jom sertai kami KLIK SINI





Sunday, July 14, 2024

KENAPA PENTINGNYA MERANCANG PELABURAN SAHAM?

July 14, 2024 0
KENAPA PENTINGNYA MERANCANG PELABURAN SAHAM?

 


Merancang pelaburan saham adalah penting kerana ia memberikan panduan dan struktur kepada pelabur untuk menguruskan pelaburan mereka dengan bijak.


Berikut adalah beberapa alasan mengapa merancang pelaburan saham itu penting :


1. Mengenal pasti objektif :


Dengan merancang pelaburan saham, pelabur dapat menetapkan objektif yang jelas untuk pelaburan mereka.


Objektif ini boleh merangkumi peningkatan nilai modal, pendapatan pasif melalui dividen, persediaan untuk tujuan kewangan jangka panjang atau memenuhi matlamat pencen.


Merancang objektif pelaburan membantu pelabur memfokuskan usaha dan membuat keputusan yang konsisten dengan matlamat mereka. 


2. Menguruskan risiko yang berlaku :


Pelaburan saham melibatkan risiko dan merancang pelaburan memungkinkan pelabur untuk mengenal pasti risiko yang berkaitan dengan pelaburan mereka.


Dengan memahami risko-risiko tersebut, pelabur dapat mengambil langkah-langkah mengurangkan risiko seperti menetapkan cut loss atau memilih jenis pelaburan yang sesuai dengan profil risiko mereka.


Merancang pelaburan juga melibatkan penilaian toleransi risiko dan pemahaman akan keadaan pasaran semasa.


3. Menggunakan analisis yang teliti :


Merancang pelaburan saham melibatkan analisis yang teliti terhadap syarikat, sektor dan faktor pasaran.


Pelabur perlu mengkaji data kewangan, prestasi syarikat, tren pasaran dan faktor-faktor makroekonomi yang berkaitan.


Dengan melakukan analisis yang teliti, pelabur dapat membuat keputusan pelaburan yang lebih baik berdasarkan fakta dan informasi yang rasional.


4. Menjaga displin anda :


Merancang pelaburan saham membantu menjaga displin dalam pelaburan. 


Dengan mempunyai perancangan yang jelas, pelabur lebih cenderung untuk mengikuti strategi dan tidak terpengaruh oleh emosi atau berita yang mungkin mempengaruhi keputusan pelaburan.


Rancangan pelaburan membantu pelabur mengikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan dan menjaga fokus terhadap objektif jangka panjang.


___

Merancang pelaburan saham adalah penting kerana ia membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang berinformasi, mengurangkan risiko dan mencapai matlamat pelaburan mereka.


Ini memberikan displin yang tinggi dalam menguruskan pelaburan saham dan meningkatkan peluang kejayaan dalam jangka panjang.


Anda Newbie dalam saham? Nak belajar saham? Jom sertai kami KLIK SINI