[Q&A with TNM] Kenapa Penting untuk Capai PROFITS RM 5 Angka dalam Saham?
.
Q1: Apa manfaat utama yang anda rasakan apabila berjaya mencapai keuntungan RM 5 angka dalam pelaburan saham?
TNM: Manfaat utama adalah kepuasan diri. Mencapai keuntungan RM 5 angka bukan sekadar soal keuntungan, tetapi hasil dari usaha dan kajian sendiri.
Kepuasan ini meningkatkan keyakinan diri dan memberi makna serta semangat baru dalam hidup.
.
Q2: Bagaimana keuntungan RM 5 angka ini boleh mempengaruhi kestabilan kewangan seseorang dan keputusan pelaburan seterusnya?
TNM: Keuntungan RM 5 angka memberikan impak besar pada kestabilan kewangan seseorang.
Dengan keuntungan tersebut, kita dapat memenuhi pelbagai keperluan seperti membayar bil, membantu keluarga, bersedekah dan mungkin membayar hutang jika ada.
.
Q3: Apa perubahan dalam gaya hidup atau kepuasan peribadi yang anda alami selepas mencapai keuntungan ini?
TNM: Btw honestly pada pendapat saya, keuntungan besar dalam saham tidak bermakna saya terlalu pandai dalam saham.
Bagi saya, ini semua adalah rezeki yang Allah kurniakan.
Kerja kita sebagai pelabur dan trader saham adalah berusaha dengan kajian saham dan bertindak dalam urusan jual beli saham kita.
Selebihnya kita serahkan kepada Allah untuk memberikan rezeki.
Jadi jika dapat profits sama ada banyak atau sikit, kita tetap perlu bersyukur seadanya.
Dan jika mengalami kerugian pula, jangan lah terlalu bersedih kerana mungkin bukan rezeki kita pada waktu itu dan kita boleh cuba lagi dalam next trade.
Perasaan saya buat profits RM 5 angka dalam saham adalah biasa sahaja.
Mungkin sebab saya dah biasa.
Dan perjalanan perlu diteruskan untuk trade yang seterusnya.
.
Q4: Bagaimana anda menggunakan keuntungan tersebut untuk melabur dalam peluang lain atau meningkatkan kewangan peribadi?
TNM: Penggunaan keuntungan bergantung kepada keadaan.
Jika ada keperluan peribadi, saya akan keluarkannya.
Jika tiada keperluan, saya akan reinvest modal bersama keuntungan untuk terus melabur dan memperoleh lebih banyak keuntungan.
.
Q5: Apa pesan atau nasihat yang anda ingin sampaikan kepada mereka yang sedang berusaha untuk mencapai keuntungan RM 5 angka?
TNM: Nasihat saya adalah:
1. Mulakan dengan ilmu asas saham yang betul.
2. Betulkan mindset sebagai pelabur dan trader saham.
3. Mulakan dengan modal rendah dan tingkatkan berdasarkan ilmu dan keyakinan.
4. Fahami bahawa pelaburan saham adalah perjalanan dengan liku-liku. Jangan mengharapkan kejayaan segera. Dengan usaha yang betul, kejayaan pasti akan menyusul.
.
Teruskan usaha dan jadikan setiap pengalaman sebagai pelajaran berharga dalam perjalanan pelaburan anda.
No comments:
Post a Comment